KUCHING: Hasil pelaksanaan projek atau produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) diyakini mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dalam sesebuah organisasi

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion memberitahu, kerajaan negeri amat menggalakan penerapan inovasi dalam kalangan penjawat awam bagi memangkin pembangunan yang lebih tinggi serta manfaaat kepada rakyat.

“Sebagai jentera kerajaan, penjawat awam harus berinovasi untuk memberi perkhidmatan yang memenuhi kepentingan dan keperluan rakyat sejagat. Apa yang lebih penting inovasi harusnya memberi manfaat khasnya produk inovasi seharusnya dapat dirasai oleh rakyat disamping memenuhi kehendak rakyat. “

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Anugerah Konvesyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) 2020 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Sementara itu, majlis telah menyaksikan enam kumpulan pemenang telah berjaya membawa pulang anugerah yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Daripada jumlah tersebut, agensi dari Bintulu telah memenangi tiga anugerah iaitu Kumpulan CRANE dari Jabatan Penjara Malaysia Cawangan Bintulu bagi Anugerah Ureka, Kumpulan BTS 2.0 dari Pejabat Pentadbiran Bahagian Bintulu bagi Anugerah Inovasi Digital 2020 manakala bagi Anugerah Inovasi Sosial pula dimenangi oleh Kumpulan Q-INNO dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu.

Sementara itu, untuk Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak:

1. Kategori Agensi Negeri dimenangi oleh kumpulan Land Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

2. Kategori Agensi Persekutuan dimenangi oleh kumpulan Dua Taruh 2 Semong iaitu dari Jabatan Kastam Di raja Malaysia Cawangan Sarawak.

Seterusnya bagi Anugerah Khas Inovasi 2020 dimenangi oleh Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak.