Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2020 adalah merupakan acara kemuncak Minggu Inovasi tahun 2020.

Program ini antara lain bertujuan bagi mengekal dan memastikan kelestarian budaya inovasi terus semarak dalam kalangan penjawat awam.

Tahun ini adalah kali ke lapan (8) Program Minggu Inovasi dianjurkan secara kolaborasi bersama dengan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Walaupun berlakunya penularan COVID-19, 14 agensi Negeri dan Persekutuan Sarawak telah berjaya menganjurkan program Minggu Inovasi yang meliputi dari Bahagian Kuching hingga ke Bahagian Limbang sejak bulan September 2020 dengan pelancaran  ‘Jaul Restoration Model Area’ di Miri pada 2 Oktober 2020 anjuran Jabatan Hutan Sarawak.

Ini kemudian diikuti oleh beberapa program lain seperti Pertandingan e-Sports, InnoAgriEdu, Inno Waste,  Sharing Session “Produktiviti & Inovasi Dalam Norma Baharu” dan lain-lain lagi.

Memandangkan program Minggu Inovasi sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan, saya rasa Minggu Inovasi harus ditukar kepada Bulan Inovasi.

Hari ini (16 Disember 2020), merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu, bukan sahaja ia merupakan kemuncak program minggu inovasi, tetapi yang lebih penting, ia merupakan hari penuh debaran bagi inovator-inovator yang telah mengambil bahagian dalam SCSICA 2020. Majlis ini amat bermakna bagi mengiktiraf keberhasilan produk inovasi oleh penjawat awam Sarawak.

Tema tahun ini amat bertepatan dengan aspirasi kita iaitu, Innovation for Service Delivery Excellence.

Sebagai jentera kerajaan, penjawat awam harus berinovasi untuk memberi perkhidmatan yang memenuhi kepentingan dan keperluan Rakyat sejagat.

Innovation for a purpose and for the right reason, bagi saya bukan sekadar hanya untuk menang anugerah semata-mata”.

Apa yang lebih penting, inovasi tersebut harus memberi manfaat kepada rakyat.

Hasil produk inovasi seharusnya dapat dirasai oleh rakyat di samping memenuhi kehendak Rakyat.

Sempena Hari Perkhimatan Awam pada 2019, saya telah menekankan peri pentingnya, SERVICE, SERVICE, SERVICE, dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pada kali ini, saya ingin mengulangi sekali lagi penyataan SERVICE, SERVICE, SERVICE, dalam konteks inovasi perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Pertama, SERVICE Innovation that can have an immediate impact on the Rakyat

Kita jangan terlalu berasa selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang sedia ada. Sebaliknya, kita perlu empati iaitu sentiasa memahami dan menyelami keperitan yang dialami dengan berhubung secara langsung dengan Rakyat. Melalui pertemuan tersebut, barulah produk inovasi atau perkhidmatan yang dihasilkan dapat menyelesaikan masalah berkenaan dalam masa yang singkat.

Kedua, SERVICE that meet the needs and expectation of the people.

Memandangkan keperluan dan kehendak Rakyat pada masa kini amat mencabar dan dinamik sifatnya maka kita harus sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak semasa. Perkhidmatan yang diberikan haruslah mengambil kira keperluan dan dapat memuaskan hati serta kehendak Rakyat pada masa kini dan akan datang.

Ketiga, SERVICE: Innovation that are based on important issues in the eyes of the public.

Dalam menangani keperluan pada masa kini, isu – isu kritikal yang mendesak perlu ditangani segera dengan sebaik mungkin. Sebarang kelewatan akan menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan dan keyakinan rakyat.

Ekosistem Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 2010 telah menyemai dan memperkasakan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan penjawat awam.

Budaya inovasi ini telah diperkukuhkan lagi melalui Pelan Tindakan SCS 10-20 dan ekosistem inovasi, My Creative Idea (MCi), KIK, Key Focus Activities (KFA), High Performance Team (HPT) yang berjaya melahirkan penjawat awam yang inovatif dan kreatif untuk mencapai misi SCS “To Deliver Excellence Service Through High Performance Team”.

Sehinga kini, 649 projek/produk inovasi KIK telah dihasilkan dan memberi impak yang signifikan untuk kesejahteraan rakyat.

Sejak pelaksanaannya pada 2010, Kumpulan KIK telah memperoleh kejayaan cemerlang di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah:

  • Kumpulan 4 Quest & Millenium Sabe dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak memenangi Anugerah Ketua Setiausaha Negara pada 2011;
  • Kumpulan SKIP5 dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak dan Kumpulan Q-Inno dari Jabatan Kerja Raya Sarawak merangkul Anugerah Ketua Setiausaha Negara pada 2012;
  • Kumpulan SKIP6 dari Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak memenangi Anugerah Pengerusi MPC (2014);
  • Kumpulan Help Four dari Jabatan Kerja Raya Sarawak mendapat Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (2015);
  • Di peringkat International Convention on Quality Control Circle (ICQCC), kita berjaya merangkul 14 Anugerah EMAS dan 1 GANGSA mulai 2011 sehingga 2019.
  • Tahun lepas (2019), empat (4) Kumpulan KIK iaitu JAGU (Majlis Daerah Sri Aman), DO IT3 (Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak), The Hummer (STIDC) dan Forcescap (Majlis Bandaraya Miri) telah berjaya memperolehi 4 EMAS di ICQCC, Tokyo, Jepun.

Beberapa produk inovasi yang memberi manfaat dan impak kepada rakyat. Antaranya ialah:

  • Produk inovasi Application Resettlement and Extension Schemes (ARES) oleh Kumpulan Lands Tahai Q, Jabatan Tanah dan Survei Limbang yang boleh mengurangkan masa proses kerja dari 7 bulan kepada 1 bulan. Produk ini telah direplikasi oleh seluruh Jabatan Tanah dan Survei di Sarawak.
  • Projek C-Flex H2o Intake iaitu Pontoon Terapung dan fleksibel, oleh Kumpulan Q-Inno, daripada Jabatan Kerja Raya Bintulu telah berjaya membekalkan air terawat yang bersih, berkualiti dan selamat digunakan kepada penduduk di luar bandar. Produk ini berjaya diseragamkan penggunaannya di Loji Rawatan Air di Tubau, Labang dan Sungai Asap di Bintulu, Sebangan di Samarahan dan Long Lama, Miri dan telah memberi manfaat kepada lebih kurang 26,300 orang penduduk di kawasan tersebut.
  • Projek Pile Graph Taker  oleh Kumpulan Nanas Madu dari Jabatan Kerja Raya Sarikei telah berjaya mengelakkan kemalangan di tempat kerja dengan mengutamakan aspek keselamatan apabila bacaan graf cerucuk diambil dari jarak yang selamat di tapak pembinaan berbanding dengan cara konvensional di mana pekerja perlu mendapatkan bacaan graf di bawah fram penghentak yang sedang beroperasi. 
  • Produk Mars Mirror oleh Kumpulan IMISAR, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak telah memenangi EMAS Team Excellence MPC diperingkat Kebangsaan dan Juara Konvensyen ICC Peringkat Negeri Sarawak (2017). Projek ini berjaya menyelesaikan masalah kesukaran mengambil gambar secara “live capture” semasa proses permohonan pasport bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah dengan pengurangan masa dari 50 minit kepada 5 minit.
  • Projek ini telah direplikasi pelaksanaannya di Sarawak, Sabah, Johor, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Bagi memperkasa dan menyemarakkan lagi budaya kerja inovasi dalam perkhidmatan awam negeri Sarawak, maka pada tahun ini, kita memperkenalkan tiga (3) Anugerah baru iaitu:

  • Pertama, Anugerah Khas SCSICA

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha agensi dalam melestarikan budaya inovasi di kalangan warga organisasi penjawat awam dalam penghasilan produk inovasi dan perkhidmatan baharu. Pemenang anugerah ini akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00.

  • Kedua, Anugerah Inovasi Sosial

Anugerah ini bagi memberi pengiktirafan terhadap projek inovasi yang berorientasikan rakyat sekali gus memberi kesan dan hasil ketara kepada sosial demi kesejahteraan rakyat. Pemenang anugerah ini akan menerima sebuah plak dan hadiah wang tunai RM5,000.00.

  • Ketiga, Anugerah Ureka MACRi

Anugerah ini bagi mengiktiraf penghasilan produk inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi kepada Negeri. Pemenang kategori ini akan diberi sebuah plak Ureka, ganjaran berbentuk khidmat konsultasi dan untuk tajaan paten produk inovasi secara percuma bernilai RM8,000.00. Hadiah ini adalah ditaja oleh Malaysian Association of Creativity and Innovation (MACRi).

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Inovasi, semoga ini menjadi galakan kepada yang lain untuk terus dan sentiasa membudayakan inovasi dan kreativiti di tempat kerja masing-masing.